Hibah Medical Card Takaful Saving Plan

Pelan Simpanan & Hibah i-Flexi Protect

Apabila bercakap tentang takaful keluarga, hibah, kad perubatan, perlindungan hospital, penyakit kritikal dan sebagainya, pasti ada satu pelan komprehensif yang disediakan oleh mana-mana pengendali takaful mahupun syarikat insurans.

i-Flexi Protect merupakan satu pelan simpanan takaful keluarga yang paling asas dan fleksibel. Pelan yang hebat ini bermula dengan RM60 sahaja sebulan untuk hibah minima RM10,000 yang memberikan anda  perlindungan sehingga umur 60 tahun, 70 tahun, 800 tahun atau 90 tahun mengikut pilihan anda.

Pelan i-Flexi Protect ini dengan Accelerated Disability Rider memberikan perlindungan untuk kematian, hilang upaya disebabkan penyakit atau kemalangan sehingga berumur 65 tahun.  Bermula dari umur 65 tahun sehingga umur 90 tahun, i-Flexi Protect memberikan perlindungan untuk kehilangan upaya disebabkan oleh sakit tua (Old Age Disablement).  Satu-satunya pelan takaful yang memberikan perlindungan seumpamanya.

Sekiranya berlaku kematian, keluarga akan dibayar perlindungan pampasan dan juga jumlah simpanan terkumpul.  Anda boleh memilih untuk menghibahkan jumlah ini atau untuk dibayar mengikut perkiraan faraid. Sekiranya anda memilih untuk memberikan hibah, anda boleh menghadiahkan bayaran ini kepada ahli keluarga yang anda sukai mahupun kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tidak waras, ahli keluarga bukan islam bagi muallaf dan ianya tidak boleh ditentang di mana-mana mahkamah. 

Bayaran hibah ini juga adalah bebas dari pemiutang.  Maksudnya, sekiranya anda mempunyai hutang dengan mana-mana institusi, mereka tidak berhak untuk mengambil jumlah wang yang anda hibahkan ini untuk melangsaikan hutang anda.  Ianya hak mutlak untuk orang yang anda hibahkan tersebut.

Pelan ini boleh diambil oleh sesiapa sahaja bermula dari umur 18 tahun sehingga umur 70 tahun.  Pelan ini juga boleh diambil untuk pasangan atau anak dalam tanggungan berumur dari 30 hari sehingga 17 tahun.

Untuk memberikan perlindungan tambahan secara opsyenal, anda boleh memilih untuk menambahkan perlindungan tambahan atau rider seperti di bawah:

1. Accelerated Disability Rider

Memberikan perlindungan sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal disebabkan penyakit ataupun kemalangan dan kehilangan upaya kekal disebabkan usia tua sehingga umur 90 tahun. 

2. Perlindungan Pembayar

Memberikan perlindungan sekiranya pembayar disahkan hilang upaya kekal atau meninggal dunia. Sekiranya ini berlaku maka orang yang dilindungi tidak perlu lagi membuat caruman ke atas pelan i-Flexi Protect.

3. Penepisan Bayaran akibat Penyakit Kritikal. 

Memberikan perlindungan kepada pemegang sijil sekiranya beliau didiagnosis 36 jenis penyakit kritikal, jadi pelan i-Care Rahmat miliknya tidak perlu lagi dicarum.

5. Perlindungan Penyakit Kritikal

Memberikan sejumlah pampasan dalam bentuk tunai sekiranya orang yang dilindungi menghidap mana-mana 36 penyakit kritikal.

6. Elaun Kemasukan Hospital 

Rider ini memberikan bayaran tunai kepada orang yang dilindungi sekiranya beliau dimasukkan ke dalam wad.  Minimum  bayaran adalah RM50 – RM500 sehari.

7. Medi Auni 

Kad perubatan lengkap untuk kemasukan hospital.  Klik di sini untuk bacaan lanjut.

Di bawah ini merupakan jadual anggaran caruman secara bulanan mengikut umur sekiranya anda ingin mencarum  untuk hibah RM100,000 dan jumlah simpanan pada tarikh matang sijil.

 
Anggaran Caruman Pelan Hibah Tanpa Medical Card

Semua pelan di atas mestilah dirujuk kepada risalah produk dan juga ilustrasi faedah pelan ini.  Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan quotation atau sebut harga tersebut, boleh lah menghubungi Perunding Kami.

Muat turun risalah i-Flexi Protect di sini (BM)

Muat turun risalah i-Flexi Protect di sini (English)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *